Berbohong? Bukan.. Inilah erti Pengorbanan..

April 14, 2011

Setiap orang mempunyai seorang ibu, tidak kisahlah ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu kutu?
Perkataan ibu itu sendiri membawa maksud yg sangat mendalam...
IBU. Rangkaian tiga huruf ini sungguh menggetarkan jiwa ketika terucapnya dilidah. Dialah manusia yang di bawah telapak kakinya ada surga. Penghormatan padanya tiga kali disebut Nabi lebih utama dan pertama, baru kemudian Ayah. Maka, siapa yang tak punya kenangan indah tentang Ibu? Cakap kat aku.. aku nak lihat siapa ibu korang? Tampaq sat g baru tau...

Bercakap soal pengorbanan.? memang besar dan tidak ternilai.. Aku tak dapat ceritakan semua tentang kehebatan Ibu-ibu di atas muka bumi ini. Kerana setiap Ibu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam menjaga anak-anaknya.
Maaf.. aku membahasakan Ibu aku dengan panggilan "Mek".

Bagi aku... Mek akulah yg paling kental jiwanya. Paling kuat semangatnya untuk hidup. Paling tenang ketika musibah mendatang. Tenang ketika anak-anak yg lain menangis melihat jenazah arwah Ayah...

PERTAMA - Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin... Sewaktu makan nasi bersama keluarga.. Mek aku selalu bagi anak-anaknya yg lain makan dulu sampai habis, dan jikalau aku tak cukup lauk...  Mek aku bagi lauk yg berada di dalam pinggan  nasinya. Maklumlah, seekor ikan dibahagi dua.. 

"mana kenyang"  inilah yg bermain dibenak kepala aku..

"Make la, mek tak habis lauk ni" -- <bahasa kelate>
"Makan la, Mak tak dapat nak habiskan lauk ni" -- <translate>


Masa itu aku bodoh.. aku terus ambik lauk Mek dan makan tanpa memikirkan tentang Mek aku. Lepas itu, aku tengok, Mek aku makan nasi putih bersama budu dan berulamkan pucuk ubi kayu je...


KEDUA - Ketika aku mulai dewasa. aku teringin nak pakai sesuatu yg baru, baju baru. Aku tahu Mek aku tak ada duit. Aku tak memikirkan tentang Mek aku masa tu. Aku marahkan Mek aku. Sebelum ni, aku hanya dapat merasa baju baru bila tiba masa hari raya je... Aku serik dengan ejekan kawan-kawan aku, sebab aku  pakai baju koyak... 

"Ni, Mek ada beli baju baru untuk Fattah"

Mek aku beli baju baru untuk aku, Aku tak memikirkan dari mana Mek aku dapat duit beli baju itu. Sminggu slepas itu, aku ternampak Mek aku bayar hutang duit baju pada Mak Saudara aku. 
Rupa-rupanya Mek aku pinjam duit adik dia untuk beli baju baru aku.

"Lepas ni, tak payah beli la, baju lagi kat ore.. biar ore pakai baju biaso jah"
"Lepas ni, Mek tak perlu lagi beli baju baru untuk saya, biar saya pakai baju yang biasa je"-- <translate>

Selepas itu, aku tidak lagi meminta untuk dibelikan baju baru @ pakaian baru. Aku pakai yg ada je. baju yang orang kampung sedekahkan pun masih banyak lagi. Aku tak kisah apa yg kawan-kawan aku cakap masa itu.. Sekrang ni, aku biar papa asal bergaya.. 

KETIGA - Sewaktu di alam persekolahan.. aku, abang  dan kakak aku belajar disekolah yg sama. Jadi perbelanjaan dan keperluan persekolahan semakin meningkat. Mek aku terpaksa kerja kuat lagi. Buat kuih muih untuk dijual di pagi hari. Pukul 4 pagi, Mek aku bangun untuk siapkan segala bahan-bahan, mengadung acuan kuih, memasak.. merebus.. dalam 5 jenis kuih Mek aku buat dalam satu pagi itu. Ketika anak-anaknya yg lain, masih lena dibuai mimpi, Mek aku bertungkus lumus nak siapkan kuih muih untuk dijual...

Ketika aku bangun, kerna terjaga oleh cerah lampu didapur. Aku lihat Mek aku masih lagi terbongkak mengukus kuih pau. 

"Mek buat gapo ni?  Awal lagi ni..? tak tido ko Mek?"
Tanya aku dengan pertanyaan yg sudah terjawab di benak kepala aku...

"Mek tak leh tido, jadi mek bangun la buat kuih. Fattah g la tido dulu"
Jawab Mek aku dengan nada yg keletihan, sambil melemparkan senyuman manisnya kepada aku. Sukar untuk aku melupakan saat itu. Kerana inilah penat lelah.. peluh keringat seorang ibu untuk membesarkan 10 orang anaknya..



KEEMPAT - Setiap kali aku menghadapi ujian peperiksaan sekolah, dari UPSR, PMR dan sampailah SPM. Mek aku akan buat solat hajat disurau untuk aku. Walaupun dengan kesuntukan duit waktu itu. Mek aku tak loket untuk berbelanja lebih bagi menjamu jemaah di surau kampung aku yg sudi solat hajat untuk aku. Walaupun ianya sekadar pulut kuning, ianya sangat istimewa bagi aku kerna, Mek aku yg buat sendiri. 

Tapi dalam pada masa yg sama, aku masih lagi membantah. Kenapa nak buat semua ini?

"Tak payoh la buat maye hajat ni.. kat sekolah cikgu buat doh.. Wat bazir duit mek jah"
"tak perlulah buat solat hajat, di sekolah cikgu dah  buat. Membazirkan duit Mek je."--<translate>
Aku meluahkan rasa tidak puas hati aku..

"Takpo la, sekali skalo.. bukan slalu Mek ado duit lebih ni. Ni pun, kakak mu yg bagi"
"tak pe, sekali sekala, lagipun bukan selalu Mek ada duit lebih. Inipun duit kakak kamu yg bagi"--<translate>
Balas Mek aku dengan nada kesal atas sikap aku..

Aku tahu, ini semua duit hasil jualan kuih je.. tiada dari sumber lain. Sebab aku anak Mek aku. Aku tahu tentang keluarga aku. Diaorng semua, bukan ada duit pun..



KELIMA - Setelah kepergian ayah kerana sampai ajal, Mek aku mengambil alih tugas sebagai ayah dan ibu. Bagi akulah, hari-hari yg berlalu selepas ayah tiada, bagaikan hari air mata. Setiap hari aku melihat ahli keluarga aku mengalir air mata. Mek aku masih lagi cekal, cuma Mek tak boleh dengar apa orang katakan tentang kisah arwah ayah... Mungkin kerana terlalu banyak kenangan mek dengan arwah. 


Namun di balik tingkap rumah.. Aku melihat, Mek aku akhirnya mengalirkan air mata. Panas mungkin itulah rasanya.. kerana terlalu lama tersimpan di dalam kelopak mata.. Mungkin Mek aku tak nak anak-anaknya nampak kesedihan yg dialami olehnya..

KEENAM - Sewaktu aku belajar di Kolej Mara Kuala Nerang, dan itulah pertama kalinya aku berjauhan dengan Mek aku dan keluarga. Berat rasanya Mek aku nak melepaskan aku pergi masa itu.. tapi demi menuntut Ilmu, dia rela.. Kehidupan di tempat orang, tidak mempengaruhi hidup aku. Aku masih sama seperti dulu, rindukan rumah dan Mek aku. 
Acap kali aku telefon Mek aku, namun tidak dijawab. Semua ahli keluarga aku tidak menjawab paggilan aku. 
Waktu itu, aku jadi cemas. Macam-macam perkara bermain difikiran aku. 

namun setelah aku dapat tahu, yg Mek aku sakit.. Ini sakit lama, cuma dia datang kembali waktu itu. Dulu, aku tak boleh tengok Mek aku, yg meraung kesakitan, memang sakit. Itulah yg mampu aku ungkapkan. dari riaksi wajah Mek aku menahan sakit. Hanya dia yg menanggung..

" bakpo Mek tak oyat mek sakitnyo.. ? wat orang risau jah.."
marah aku pada Mek aku..

"tak po la, Fattah kan nak periksa.. Lagipun pun, Mek dah segar doh ni.. Tunggu anak Mek jadi doktor dulu lah, baru Mek g bedah"
Balas Mek aku.. membuatkan air mata aku mengalir waktu itu..

Mek, Fattah mintak maaf sebab tak mampu nak jadi doktor. tapi demi Mek, Fattah sekrang ambik course BioMedical Electronic Engineering... Mungkin suatu hari nanti, bila Fattah dah grad, dapat kerja. Fattah sendiri yg aku handle operate Mek.. InsyaAllah.. 



Kelmarin, aku telefon Mek aku, katanya Mek sakit, demam biase je.. harap-harap, aku masih mampu untuk menunaikan hasrat Mek aku. Mek aku teringin untuk lihat satu-satunya anak dia ni, graduate.. Kerna dalam 10 orang adik beradik aku, hanya akulah yg mampu masuk Universiti..


Ok la, rasanya cukuplah untuk aku menjelaskan pengorbanan Mek aku. Sebenarnya, banyak lagi. Cuma untuk masa ini, cukuplah setakat ini..

Cuba korang fikirkan, dan renungkan disebalik kisah ini.. Ini bukan kisah rekaan @ kisah dongeng.. tapi inilah Pengorbanan Mek aku untuk keluarga aku..

So moral of the story... 

* Sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita?

* Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita?

Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian.

Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya,

* kita selalu risau akan kabar pasangan kita,
* risau apakah dia sudah makan atau belum,
* risau apakah dia bahagia bila di samping kita.

Namun,

* apakah kita semua pernah merisaukan kabar dari orangtua kita?
* Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum?
* Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum?

Apakah ini benar?
Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari.

8 ulasan:

  1. entry terbaek.sedey pulak membacanya.
    begitulah pengorbanan seorang ibu.klu kita ada duit berjuta sekalipun..kita tak mampu beli seorang ibu utk gantikan tempat ibu kita.

    jemput terjah new entry

    1) (>.<) Fenat..Tapi, Dpt Berita Gembira (>.<)

    2) (>.<) Untukmu (>.<)

    BalasPadam
  2. klu rindu..ada peluang,tros balik.
    jgn ditahan2 kerinduan tue.

    BalasPadam
  3. aku beruntung sebab tak berjauhan dengan mak aku..

    BalasPadam
  4. kadang2 bila dah berjauhan dan bila mereka takde barulah terasa something is missing.. tp kalau berjauhan we can still call and keep in touch. bila dah tiada.. only the sweet memories remain..

    BalasPadam
  5. Awwwww....

    THis brought tears to my eyes!

    thanx for sharing!

    BalasPadam
  6. sy tiap2 hari mesej & call mak sy..itu pun xpuas..rase nak blk je..(T_T)

    BalasPadam
  7. Entry yg sgt myentuh hati.. huhu...
    pgorbanan ibu yg tiada tandingan!!

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.