Katak dalam bungkusan nasi?

Jun 26, 2011

Bapak.....Geli r... eee..tengah duk sedap-sedap makan nasi..tiba2 jumpa katak dalam nasi tu..Macam mana tindakan korang masa tu..? mesti termuntah punya..haha..tp..yg dah termakan tu macam mana? hehe...kau jolok sampai berdarah pun tengkuk ko..memang takkan keluar la...(terima jela..hehehe).. mesti sedap kan..makan nasi ada katak..tak pernah org buat. cite ni kelmarin punya..la. aku baru terbaca...


Kalau nak tahu kat mana? Jom kita terjah..Zazzz..


RANTAU PANJANG – Seorang lelaki di sini terkejut apabila mendapati nasi yang dibeli di sebuah kedai di pekan Rantau Panjang pagi semalam mempunyai seekor katak bersaiz ibu jari orang dewasa.
Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Faizal, 25, berkata dia kecewa kerana peniaga terbabit tidak menitik beratkan soal kebersihan ketika penyediaan makanan.
Menurutnya, dia tidak melihat isi bungkusan berkenaan dan terus makan, bagaimanapun hasratnya terbantut apabila melihat objek seperti katak dalam makanan tersebut.
“Saya baru menyuap nasi ke mulut tetapi sebaik melihat objek seperti katak saya berhenti.
“Selepas mengamatinya jangkaan saya tepat, ia memang katak dan saya terus muntah,” katanya.
Faizal berkata, nasi berlaukkan daging serta sayur campur tersebut dibeli dengan harga RM3.00.
Menurutnya, dia memasukkan sendiri daging goreng ke dalam bungkusan nasi tersebut sementara sayur dicedok peniaga tersebut.
“Selepas muntah, saya tidak dapat makan, saya masih terbayang-bayang katak yang terdapat dalam bungkusan nasi itu.
“Saya percaya, katak tersebut digoreng bersama sayur campur, saya kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap pihak kesihatan mengambil tindakan kepada peniaga yang tidak menitik beratkan soal kesihatan,” katanya 


hehe..amacam..?ni lagi sedap kalau tambah budu..hehe..


sumber ---->cini

3 ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.