Maafkan aku wahai Sahabat

Jun 04, 2011

 Maafkan aku... maafkan aku.. aku betul betul mintak maaf ni... 
aku Zul Fattah B. Saleh nk mintak maaf disini...
 Maafkan aku wahai semua makhluk...
Yang berbudi bahasa dan yang tak reti bahasa...
Baik yang kaya raya atau yang hina dina....
Yang bekerja di kfc atau yang kerja dreber lori....
Yang mampu beli teket kapal terbang atau yang hanya mampu tumpang lori muatan panjang...
Yang menjaga tutur bahasa atau yang mencarut sepanjang masa...
Yang menasihat macam bendahara melaka atau yang membebel macam mak nenek gila..
Yang tau hukum hakam dan yang hidup lintang pukang..
Yang sibuk memanjang atau yang perasan sibuk..
Yang alim dan yang zalim...
Yang pandai dan yang keldai...
Yang mengundi dan yang merosakkan undi..
Yang mabuk dan yang khuyuk...
Yang Afdal dan yang bedal..
Yang bodoh dan yang bangang ..Yang tak bayar hutang dan yang bayar riba..
Dan tak lupa juga yang belum bayar zakat...

Atau sesiapa sahaja, samada yang masih sihat atau yang dah menghampiri mayat.
Sama ada pembaca senyap atau pengkomen setia,
Sama ada yang glamer atau yang tumpang glamer

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Maafkan aku yang selalu bercakap bahasa tua, korang bercakap bahasa muda, bahasa tua nasihat di dada, bahasa muda nafsu gelora!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Aku bercakap satu bahasa, dan aku tak pandai berdolak dalih, maafkanlah aku dengan segera akan segala apa yang tak kena dengan penulisanku ini, aku tak paksa korang baca blog ini, dan aku hargai umur yang korang habiskan dengan membaca blog ini, maafkan aku kerana telah banyak mencuri umur korang yang berharga dalam menghabiskan setiap entry aku ..oh!

Maafkan aku sahabat, jika buat korang rasa pedas dan nak marah,
buat korang rasa terhina dan ternoda…
Buat korang rasa terkucil dan terkuncil,
buat korang berak tak puas dan kencing tak lawas!

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab-bab ugama, sekiranya korang rasa ada manafaat dengan membaca blog ini, berdoalah kepada Allah akan hal-hal kebaikkan, dan isk..isk.. sekiranya korang teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta yang hina seperti aku mempunyai hak yang harus di tunaikan.., doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka!! Isk,,isk..



Jadi secara umumnya, jangan cepat menghukum sedang ilmu tak sampai selubang jarum,
jangan cepat berfatwa sedang masih terkial kial mencari makna takwa,
Yang hina jangan lah terus di benci,
Yang mulia janganlah gila bersanjung,
Yang berdosa janganlah di pulaukan,
Yang bersalah janganlah terus dikeji,
Yang murtad baliklah dan belajarlah jurus”gaya pulang ke pangkal jalan”..

Sebab, ...
dosa mana yang tidak terampun,
Pahala mana yang boleh riak,
Jatuh mana yang tidak ke bawah,
Rebah mana yang tidak tumbang,
Kentut mana yang tidak busuk,
Bodoh mana yang tidak bangang,
Neraka mana yang tidak panas,
Setan mana yang tidak jahat,
Nafsu mana yang tidak bergelora,
Mayat mana yang tidak berulat..
Keretamayat mana yang tidak ke kubur...

Sebenarnya kerana ada orang kapirlah maka ada Nabi-nabi yang di hantar berdakwah kepada mereka dan jadi mulia, dan kat Malaysia ni, kerana ada orang kapirlah maka korang dapat berdakwah dan seterusnya jadi manusia mulia,

Kerana ada orang jahillah maka ustaz dapat pahala mengajar, kerana ada pendosalah maka korang si penasihat sukarela dapat pahala dalam usaha menyedarkan mereka,

Setan memang mahluk yang jahat, tapi jangan gunakan alasan di perdaya setan yang membuatkan korang untuk selamba membenci, mencaci, melaknat, mengumpat, mengfirnah, berdendam, bermusuh, berdengki, bertamak, berhaloba!…

sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah suka kepada mereka yang memaafkan, maka sekali lagi..wahai kawan kawan!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..maafkan aku wahai bakal mayat sekalian..

Sesiapa yang melindungi aib orang lain, maka Allah akan melindungi aib mereka....
Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang lain, maka Allah akan mengampunkan dosa mereka....

Akhir kata, Maafkanlah aku akan makhluk Allah yang hina dan berdosa ini, aku memang jahil dan hina,,korang adalah jauh lebih bijak dan mulia dari aku!!
Sekali lagi maafkan aku sebelum aku melunjurkan kaki menjadi mayat!!!
Maka Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

3 ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.