Kisah Cinta Yang TerAgung..
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah SAW dengan suara terbatas memberikan kutbah..
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah SWT dan cinta kasihNya. Maka taatilah dan bertaqwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk Syurga bersama sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah SAW yang tenang dan penuh kasih sayang, menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu,hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang mengetuk pintu dengan kuat sambil berseru mengucapkan salam. Tiga kali ketukan dan ucapan salam diberi. Kemudian Fatimah bangun juga untuk membuka pintu walaupun berat untuk meninggalkan Ayahnya yang sedang berada disisinya.
“Boleh saya masuk?” kata lelaki yang berada diluar rumah Rasulullah SAW itu.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk."Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani Ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah Ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut," kata Rasulullah SAW.
(Cop Khatamun Nubuwwah/Cop tanda bahawa Baginda merupakan Nabi yang terakhir)
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh lelaki yang berada diluar tersebut untuk masuk ke rumahnya.
Fatimah dengan rasa berat hati bangun membuka pintu dan mempelawa tetamu itu untuk duduk disisi Rasulullah SAW.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah SAW bertanya kepadanya, kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut Ruh Kekasih Allah dan Penghulu Dunia ini.
Turunlah Jibril dan memberi salam kepada Rasulullah SAW, “Assalamu’alaika Ya HabibuLlah.”
“Wa’alaikumussalam Ya Jibril,” Rasulullah SAW menjawab salam Jibril.
"Wahai Jibril, jelaskan apa Hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku BAGAIMANA NASIB UMMATKU KELAK?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya’," kata Jibril.
Akhirnya, khabar gembira itu sedikit sebanyak kegembiraan terpancar diwajah Rasulullah SAW walaupun masih terserlah sinar kecemasan diwajah Baginda.
Izrail meminta kebenaran Baginda untuk mencabut nyawa Rasulullah SAW. “Izinkan saya memulakan tugas saya wahai HabibuLlah,” Izrail meminta kebenaran.
“Laksanakanlah tugasmu wahai Izrail,” ucap Rasulullah SAW dengan dahi yang berkeringat.
(Makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi As-Syarif)
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Wahai Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah SAW mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah SAW pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Wahai Rasulullah, Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah! Dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum" (Peliharalah Solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu).
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatii, ummati, ummati, ummati, ummati…” (Ummatku… 7x)
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu...
Kini, mampukah kita mencintai Rasulullah SAW seperti Baginda mencintai kita???
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, penghulu seluruh Rasul, pembawa berita gembira dan pembawa Rahmat bagi seluruh alam. Semoga kita dibangkitkan di hari akhirat kelak bersama Nabi kita, Sayyidina Maulana Muhammad Bin Abdullah At-Toha Al-Ummiy dan semoga kita mendapat naungan Syafaat daripada Penghulu kita di hari penghisaban kelak. Amiin. Salam Maulidur Rasul 1432H buat seluruh pembaca blog ini…
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمً
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. |Qs. Al-Ahzab: 56|
اللهم صل على نورِ الأنْوَارِ، وسِرِّ الأسْرارِ، وتِرْياقِ الأغْيارِ، ومِفْتاحِ بَابِ اليَسَارِ، سيدنا محمد المُخْتارِ وآله الأطهار، وأصحابه الأخيار عدد نِعَمِ الله وإفْضَالِهِ
اللهم صل على سيدنا محمدٍ طِبِّ القلوبِ ودوائِها، وعافيةِ الأبْدانِ وشِفائِها، ونورِ الأبصارِ وضِيائِها، وعلى آله وصحبه وسلِّم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
p/s: Sekadar renungan dikala subuh menjelma....ini entry lama aku..sekdar untuk mengingati kembali saat2 kematian Rasulullah..
selawat ke atas Nabi Junjungan kita. Peringatan yang sangat baik.
BalasPadamMOHD NASER.com
Salam Ramadhan..
BalasPadamThanx untuk peringatan ni..
http://indahhiasan.blogspot.com/2011/08/ga-aku-beli-ke-tak.html
entri berbentuk pengajaran. suka. follow ;D
BalasPadamterima kasih.. mampu tak kita macam tu? muhasabah.
BalasPadambayangkan klu di saat itu kita menyaksikan kematian Rasullullah....ya Allah tak de ayat nak d gambarkan...sedih ....hiba sangat...kita pun tak sanggup inikan pulak jibril...
BalasPadamnice entri zul :)