Bagaimana Korang Belajar Ugama?

Oktober 29, 2011
Ape punya soalan lah, itu senang aje bro.. korang kena cari tuk guru, belajar tanpa guru boleh jadi sesat!!!
itu je jawapan dia.. haha..

Kalau guru takde?
Hek eleh, bukankan kerajaan Malaysia kata kalau nak bawak kereta wajib ada lesen, takkanlah kalau kampung korang takde JPJ korang tak payah ambil lesen, korang kena usaha cari JPJ, cari ustaz walaupun ustaz tu duduk jauh! Kenalah korban masa, tenaga dan duit…baca buku atau blog hanya dapat kesedaran sahaja, hidayat datang bila buat pengorbanan dan bila korang ikhlas (takde kepentingan lain) maka Allah akan buka jalan untuk korang…. satu lagi kalau ada tuk guru pun tak cukup lagi, dia kena ada medan pulak, macam JPJ , kena ada trek untuk korang belajar, tak boleh guru tu cakap dan korang dengar aje, kena praktis!! Contoh, korang nak belajar berenang, kena ada guru, baca buku boleh tapi lepas tu mampus lah korang lemas dalam air! dan kena ada medannya yakni sungai ke, laut ke kolam ke…dan dengan guru2 tu sekali kena terjun…Faham.?

Satu cerita:
satu hari korang naik motor tak pakai helmet..pendek cerita, polis tahan kou..”apsal tak pakai halmet” ? Apa sajer reason korang, saman tetap saman..RM50..kenapa?
kerana korang tak amal apa yg korang tahu..
Jadi bila korang dah belajar ilmu ugama..korang kenalah amal..kerana antara satu soalan yg di tanya selapas jadi mayat: engkau amal tak, apa yang kau tahu? nauzubillah..

"suruhan larangan telah dia sampaikan
jangan pilih haluan di murka
kelak rebah diri
duka menangisi
tanpa belas kasih
disiksa saban waktu
apa yang kau tahu" 
(Apa yg kau tahu-Rabani..)

Tapi kalau korang jawab, saya tak tahu kena pakai helmet naik motor tok!, saya tak belajar memandu pun! (saya takde lessen)..huh! siaplah korang, saman RM300, motor di rampas! Nah sekarang kat akhirat…akan kena azab punya org yg tak nak belajar ugama..so? kena cari ustaz..belajar, amal dan sampaikan, boleh insyaAllah?!

Antara tujuan kita belajar adalah supaya dapat Hidayat dari Allah...
kadang2 manusia ni dengan tiba2 terasa insaf…ini adalah anugerah Allah… untuk mengekalkan keinsafan kita, maka kita kenalah buat pengorbanan dan cari org alim supaya dapat bimbing kita… Hidayat akan datang bila korang buat usaha atas keinsafan korang...
Allah akan bagi "keinsafan" dengan bermacam2 cara.,melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, Sakit, Bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, Kemalangan,Muflis dll...Tapi korang haya dapat keinsafan belum dapat hidayat lagi. jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usha atas keinsafan korang, Boleh?

Ramai org insaf melihat mayat bergelimpangan di jalan raya.. tapi esoknya selamba jer ketawa2.. kenapa? kerana tak buat usha untuk mengekalkan keinsafan…. Apabila kita belajar ugama dengan cara yg betul..maka kita akan dapat mengekalkan keinsafan kita..insyaAllah…

korang fikir2kanlah sendiri... macam mana korang belajar Ugama.?

tiru gaya : kereta manyat..

p/s: hari ni, mungkin busy sikit. nak kena siapkan robot untuk RObotgame bulan 12 ni.. haha, otw nk siapkan diri utk ke Pauh... balik lewat la hari ni.. hoho... success sokmo....

14 ulasan:

  1. huuuuu
    gud2 suke bace! =]

    begitu kite dituntut utk cri ilmu
    jgn kerana rintangan kite patah semangat kan
    byk cr utk kita terus belajar ilmu agama =]

    BalasPadam
  2. bagus entry ni. perkongsian yang sangat bagus. saya pun kena praktikkan juga ni.

    BalasPadam
  3. dosa orang yang berilmu lebih berat dari dosa orang yg jahil...tahu bertudung itu wajib bg perempuan bila keluar rumah tp tak nak pakai, tunggulah azab Allah...

    BalasPadam
  4. terbaik zul...

    *weyh kenapa pg smpai ptg xleyh masuk blog ko eh?ni mlm bru dpt...

    BalasPadam
  5. apa nak komen??
    apa nak komen??

    hah.. belajar ugama itu, tidak perlu pakai lesen.. ade kene mngene ke?

    BalasPadam
  6. cari ilmu ni selagi boleh...:)

    p/s : petang tadi langsung tak boleh nak masuk blog ni...heee~

    BalasPadam
  7. good point there...^^

    ada org kata, klo nak berubah tunggu hidayah tu dtg kat kita dgn sendirinya. tapi kan, mcm mana hidayah tu nak dtg kat kita klo kita sendiri tak mendapat hidayah tersebut. sama lah ertinya dgn mharapkan sesuatu tp tak melakukan apa2 usaha...

    BalasPadam
  8. nak seribu daya..xnk seribu dalih..yer dak..?

    BalasPadam
  9. sory la.. aku pun tak tahu jugak cam ne x leh masuk.. aku pun xleh masuk..
    ptg tadi, aku dah tanya google.. dan slpas verify pasword baru, baru boleh masuk.. hehe..

    BalasPadam
  10. best!.. tapi tu lah insaf sekejap cuma.. esok gelak ketawa balik.. sememangnya manusia itu insan=pelupa

    BalasPadam
  11. mesti kena remcved dek google kan semalam..ct pon xley masuk gk..huhu

    bg ct, agama patot diajar dr kecik..lau da besar tuh,masing2 ade ego, degil. sush sgt....
    pengalaman dr kluarga ct ..huhu

    BalasPadam
  12. btol2...done follow kamu..follow la balik kalau sudi..

    BalasPadam
  13. AGAMA itu penting , kawan-kawan diperlukan utk mebimbing

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.