Bergomolan Dengan Babi?

Mac 31, 2013

Sedang mata melihat burung-burung kecil berterbangan di udara. Mata ini tertarik dengan sepasang burung Merbau yang hinggap di atas dahan pohon rambutan. Masing-masing saling bernyanyi dan berkejaran dan seketikanya pula hinggap kembali di dahan yang sama, begitulah yang dilakukan oleh sepasang burung yang sedang bercinta itu. 

Hati kecil mula berbisik, alangkah baiknya kalau aku jadi burung. Boleh terbang tinggi-tinggi, boleh bersuka ria dengan bernyanyi, ada pasangan dan hidup bebas dari halangan. Ia juga tak perlu risau akan rezeki, kerana Allah telah tetapkan. Ia juga tak perlu risau akan mati, kerana Ia tidak akan diazab di padang mahsyar. Ia juga tak perlu takut akan neraka, kerana Allah telah tetapkan syurga untuknya. 

Perasaan cemburu mula mengusai diri ketika ini, cemburu dengan nikmat Allah pada burung tersebut. “Arghhh.. Lupakan semua itu. “ 

INGAT!!! Fattah, Allah telah bagi kamu nikmat-nikmat yang lebih besar daripada nikmat-nikmat yang telah Allah bagi pada burung itu. 

Tahukah kita semua, 4 nikmat besar yang Allah telah bagi pada kita semua? 

1. Nikmat Sebagai Manusia(Insan) 
2. Nikmat Iman 
3. Nikmat Umat Muhammad SAW 
4. Nikmat Kerja Dakwah 

Untuk penjelasan lebih detail, sila rujuk sini

Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal nikmat-nikmat ni, tapi main point aku sebenarnya ialah untuk bercerita pasal burung yang bercinta tu. Bila burung jantan berjumpa dengan burung betina, beginilah jadinya: 

“Bila mata bertentang mata, dari mata turun ke hati. Bila sang kekasih telah singgah di hati dan fikirannya, maka terpautlah cahaya wajah puteri di lubuk hati. Jiwa mulai gelisah tidak menentu, sentiasa terbayang bunga sejati. Diketika itu jiwa akan wujud menjadi besi dan kekasihnya adalah umpama magnetnya. Mata tak ketahuan, kerana ingin menatap orang yang dirindui. 

Rasanya selalu ingin bertemu muka serta memandang sekilas bayang sang kekasihnya. Membuat jiwanya seakan-akan terbang menuju langit ke tujuh dan bertemu dengan jiwanya. Indahnya cinta terjadi saat sang kekasih secara samar menatap bayangan kekasihnya. Bayangan indah itu laksana air menyirami, menyuburkan pepohonan ditaman jiwanya..” 

Pernah satu masa, aku ditanya oleh seseorang. Apa pendapat ZF tentang couple? Terus terang aku cakap, aku tak berani nak komen pasal couple-coupling ni. 

Tahukah kita semua, apa dosa bila lelaki bersentuh bahu dengan perempuan yang bukah mahram.?
"Mengikut Mazhab Syafie sekiranya segaja menyentuh atau tersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, jawabnya adalah haram. Berdosa. Kalau kita ada wudhuk, batal wudhuk itu." Syafie memang sedikit keras dan tegas dalam masalah ini.
Dan
"Perumpamaan bagi lelaki yang bersentuh bahu dengan perempuan yang bukan mahramnya ialah sama seperti kita bergomolan dengan babi di dalam lumpur."

Itu baru tersentuh @ sengaja berlaga bahu, belum lagi yang sengaja bersalaman antara lelaki dengan perempuan. Jadi fikir-fikirkanlah, sudah berapa banyak kali kita bergomolan dengan babi..? 

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.