Pesanan Tentang Iman

Julai 18, 2013

Menjengah ke luar jendela pejabat sambil melihat keadaan sekelililng. Macam-macam ragam manusia dapat dilihat. Ada yang bekerja, ada yang bawa motor dan kereta, ada yang mundar mandir jalan kaki dan ada yang duduk berjual beli. Namun itu hanyalah pandangan mata secara zahirnya tapi hakikatnya siapa yang tahu? situasi batin untuk umat sekarang ini, siapa yang tahu? Masalah umat ini, siapa yang tahu? Tiada siapa yang tahu, melainkan orang yang ada fikir risau akan umat. Macam mana nak selamatkan umat dari azab api neraka Allah dan dapat masuk syurga Allah.

Seperti mana yang kita tahu, Nabi Muhammad saw tahu tentang masalah umat sebab banginda ada fikir risau akan umat seluruh alam. Nabi fikir, macam mana nak selamatkan umat dari azab api neraka Allah dan dapat masuk syurga Allah tanpa hisab.

Tahukah kita, kenapa masalah ini terjadi.? 
Sebenarnya masalah umat hari ini adalah kerana kita tak usaha semaksimum mungkin atas kebaikan untuk diri kita sendiri. Bila kita tengok umat dengan masalah itu dan masalah ini sebenarnya itu salah kita juga
dan kita tak buat usaha islah atas diri kita dan ke atas orang lain dengan sungguh-sungguh.

Dewasa ini, semua orang tahu kita berada di zaman IT. Zaman moden dari semua segi dan aspek kehidupan. Kalau tanya orang ramai dalam 10 orang. 9/10 pasti akan mengaku ada Facebook @ FB dan 8/10 pasti akan mengaku ada blog dan lain-lain akaun laman sosial. Melalui lama sosial ini, macam-macam masalah berlaku. Contohnya perceraian antara suami dan isteri, jenayah sex, kes rogol dan penipuan wang ringgit.

Runtuhnya moral anak-anak muda, sebab mereka kurang bersama dengan orang-orang lama. Mereka lebih suka hidup dalam dunia siber dari duduk bersama-sama keluarga. Remaja-remaja jarang keluar rumah, sebab sibuk dengan membaca status FB dan kalau duduk bersama pun, di tangan masing-masing jari-jari sibuk menekan skrin telefon pintar yang sekrang ini membolehkan kita untuk online di mana sahaja setiap masa. Mereka jadi kurang bercakap, semakin tergelam dalam fantasi siber.

Sebagai kesimpulan, kurangnya percakapan tentang iman @ akhirat sesama kita, sesama ahli keluarga dan kurangnya pesanan-pesanan agama dari mulut ke mulut menjadikan telinga kita tertutup untuk mendengar nasihat dan berita agama. Maka peningkatan iman tidak akan berlaku bila kurangnya bercakap tentang perkara iman. Untuk tingkatkan iman, kita kenalah banyakkan bercakap tentang perkara iman. 

9 ulasan:

  1. masing2 kena saling ingat mengingati

    BalasPadam
  2. Kakak dah lama deactivatedkan fb kakak tapi blog kakak masih teruskan sebab boleh meluah dan memberi pendapat. Cuma setiap N3 ada sandaran kakak buat.

    Telah dinyatakan yg diakhir zaman akan ujudnya 73 golongan ulama' dan hanya satu yg benar. Bayangkan dik kalau ulama' yg dikatakan bijak agama pun 73 golongan bagaimana yg lompat-lompat dlm menjalankan perintah Allah..

    Bersama kita muhasabah diri.

    BalasPadam
  3. orang muda biasalah tu.. baru nak up katakan.. haha

    BalasPadam
  4. hidup ni kene berpesan2, untk diri sndiri juge...

    selamat berbuka puasa sahabat...

    BalasPadam
  5. kenalah selalu kita berpesan-pesan sesama kita..

    BalasPadam
  6. terima kasih sedarkan aku tskkkk

    BalasPadam
  7. kena saling berpesan sesama kita, kekadang kita lupa dan leka

    BalasPadam
  8. Sy ada fb tp dah kurang main..bnyk keburukkan dr kebaikan

    BalasPadam
  9. sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain..thanks

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.