Lumrah Tangisan Bayi

Mac 30, 2015


Seperti yang kita semua maklum, setiap hari jutaan bayi lahir daripada rahim2 wanita. Perkara yg pertama apabila berhadapan dgn kelahiran, doktor yg arif akan memastikan setiap bayi yang lahir dan keluar daripada rahim ibunya agar sentiasa dalam keadaan MENANGIS. Apabila bayi menangis, maka paru2 pada bayi itu akan lebih berfungsi, lalu mengepam udara, sebagai tanda pernafasan. Maka bayi yang menangis ketika dilahirkan itu mempunyai peluang untuk terus hidup kerana berupaya untuk bernafas.

Tetapi sesetengah keadaan, ada bayi yang lahir keluar daripada rahim ibunya berkeadaan tidak menangis. Keadaan begini bagi doktor adalah perkara yg sangat membimbangkan, kerana dikhuatiri jika gagal bernafas, bayi ini berhadapan dengan kematian. Doktor akan sedaya upaya melakukan sedikit cubitan dan pukulan  ringan terhadap bayi yg tidak menangis itu, agar ia merasa kesakitan. Bayi yg merasa kesakitan, lumrahnya akan menangis. Tangisan sebenarnya menghidupkan pernafasan. Maka keadaan kesakitan yg dialami itu amat perlukan, agar si bayi menangis, lalu bernafas dan terus hidup.

Begitu juga hakikat kehidupan yg akan dialami oleh seorang dalam menempuh jalan menuju Ilahi. Segala kesempitan, kesedihan, kesusahan, dan kekecewaan yg berlaku keatas kita, sebenarnya memang Allah sengaja wujudkan dan rela melihat hamba2Nya merintih kesedihan. Allah tidak ingin hati hambanya MATI disisiNya. Apabila hambanya merintih kesedihan menghadapi kehidupan, itu tandanya sayang Allah pada hambanya. Allah kembalikan hambaNya dengan keadaan sentiasa menangis berdoa. Orang yg dekat dgn Allah ini, dalam apa2 jua keadaan tetap akan kembali kpd amal dan ketaatan kpdNya. Maka manusia2 yg sentiasa tawajuh berharap dan berhajat kpd Allah dalam keadaan menangis ini, sebenarnya hati mereka hidup di sisi Allah.

Kamu harus sabar Fattah, dan tetap dalam berkeadaan demikian. yakinlah, Allah bersama org yg sabar..

1 ulasan:

  1. Dipercayai juga bayi menangis sebaik melihat dunia kerana sedihnya akan adanya syaitan yg sudah berjanji utk menggoda kita umatNya. Godaan dan hasutan syaitan kepada anak-cucu-cicit nabi Adam tidak akan berkesudahan. Oleh itu sebaiknya laungkan azan di telinga kanan dan iqomah di telinga kiri baby. Moga anak keturuan kita dpt kelangsungan iman berpanjangan...

    Scientifik pula kita jadikan teladan. Jgn biar baby diam aje sebaik lahir memang membimbangkan.

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.