Keep Calm & be Strong Bro
Pecah hati atau patah hati atau sakit hati atau hancur hati atau makna yang sewaktu dengannya. Ramai orang yang tidak sedar bahawa penyakit seperti ini sering menimpa diri sehingga kalu tidak dikawal dengan iman dan amal yang betul maka perkara yang buruk terjadi pada diri dan juga orang lain.
Contoh kalu korang pecah hati disebabkan dalam ahli persatuan korang telah mengutuk atau mencaci atau memalukan korang didepan khalayak ramai maka korang (if pecah hati) kemungkinan tidak akan ikut persatuan itu lagi.
Mengikut kefahaman lemah aku, pecah hati ini boleh ditaksirkan sebagai perasaan yang kecewa, sedih, sakit hati apabila berlaku percanggahan pendapat dengan kawan atau cemburu dengan kawan atau kawan-kawan menegur dengan cara yang tidak betul sehingga menyebabkan orang tersebut tersinggung atau sakit hati.
Perkara sebegini juga sering kali terjadi kepada ‘karkun’. Biasalah setiap orang itu ada ujian yang tertentu. Paling malang sekali apabila seseorang itu pecah hati, maka ia semakin jauh dari amalan agama. Dan yang paling malang lagi malang, jika seseorang itu kalau dulu menyokong apa yang diikuti tetapi kini menentang habis-habisan gara-gara kerana pecah hati.
Siapa yang rugi? Orang yang pecah hatilah! Sebab dulu dia seorang yang amal agama tetapi sekarang sudah tidak mahu amal agama. Tak lupa juga, kepada orang yang tak pandai menjaga hati orang yang pecah hati merupakan satu hal jugak. Yang dok pergi sebarkan buruk dia dan memalukan dia depan orang ramai tu nape? Kan salah juga tu.
Tapi kan, aku ni masih belum amal agama dengan sempurna. Adakah aku dalam kategori pecah hati jugak? hahaha.. Ni sebab iman aku yang lemah..
#keepcalm
HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D
BalasPadamInsyaAllah.. Ada masa sy snggah blog awk ya.. Tq.
Padamkipidap bro.......jgn duk pecah hati sgt...
BalasPadamYakk bokte .. Ado ore.. Kawe x pecoh hati. Just ore hok pecoh hati kawe .. Haha
PadamSemakin kuat iman seseorang semakin besar ujian diberi. Bila perpecahan hanya dek kerana pecah hati selidiki di sebaliknya kerana natijah dari perpecahan itu amat besar kesannya. Sedih melihat senario ini. Agama bagaikan gelanggang utk menonjolkan diri sedangkan yg mahu dipimpin akhirnya kocar-kacir...
BalasPadamBtul tu kak.. Yg d atas x mahu dgar pandangan org bwah.. Dan yg bwah xleh nk trima tguran yg atas.. Smpai bilan x maju..
PadamSalam kenal bro...singgah sini n terus folow...
BalasPadamTtba plak teringat lagu:sakitnya tuh disini di dalam hatiku...
Tq sham. Sudi snggah
Padam