Budi Bahasa Menjerat Bangsa II
sumber : google
Untuk kefahaman tentang entry ini, pembaca boleh rujuk entry Budi Bahasa Menjerat Bangsa terlebih dahulu. Ini merupakan entry sambungan dari entry Budi Bahasa Menjerat Bangsa. Keinginan aku untuk menulis perihal masyarakat sekarang dalam menjaga budi bahasa ini semakin mebuak-buak apabila setiap peristiwa yang diceritakan di sini semuanya atas pengalaman aku sendiri.
Situasi
Tengah jemur kain jiran datang tegur, 'tengah jemur kain ke?' Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak" soalan mesra dijawab dengan sindiran. Sungguh kejam kita pada manusia lain. Padahal soalan itu sebenanya hanya untuk menyapa kita, tetapi dibalas dengan sindiran yang mampu menguris hati orang yang bertanya.
Skrip yang sama maksud juga pernah digunakan oleh Allah swt dalam kalamnya. Allah bertanya "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?" Jawab Musa; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing-kambingku".
Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tahu tetapi Allah tetap bertanya.
Dalam kehidupan manusia sekarang ini, cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tiba-tiba datang seorang kawan kita bertanya " Oi kau tengah buat apa tu?" Kita pun menjawab " Tengah masak !"
Kawan yang bertanya itu, bukan sebab dia tak tahu tapi dia nak bermesra dengan kita. "Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " kata Tuan Guru Haron Din.
Sebagai kesimpulannya, korang pikir la sendiri dan hadam betul-betul. Adakah wajar tindakan kita kepada saudara kita?
Sebagai kesimpulannya, korang pikir la sendiri dan hadam betul-betul. Adakah wajar tindakan kita kepada saudara kita?
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D