CERITA BRACE BEAUTE DI STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Ogos 29, 2016



Pada minggu lepas aku dan team Brace Beaute ada terlibat dalam karnival jualan di hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan NBOS 2016. Fuhh.. memang memenatkan sebab untuk kali ini seminggu aku dan team terpaksa berkampung di sana. Mujurlah untuk event di hari NBOS tu gerai jualan hanya dibuka pada jam 9.30pg sehingga jam 6.00 ptg. Tak de la sama seperti event MOOD REPUBLIC KL 2016 hari tu, 3 hari nonstop memang super duper penat sampai rabak mata aku berjaga di booth.



Ini merupakan sebahagian team Brace Beaute yg still setia bersama aku untuk berkampung di sini. Yang lain ramai lg sebenarnya, cuma mereka ada komitmen yg lain seperti study dan kerja tetap. Inilah muka-muka yang menganggur dan habiskan masa bersama Brace Beaute.



Taraaa... inilah abam yang tak berapa nak sado. Aku dapat booth ni secara percuma sebenarnya dengan jasa baik Roopawan.com yang sudi beri peluang kepada Brace Beaute untuk memperkenalkan produk abam di sini. Oh ya.. Brace Beaute ini memang just menjual serum-serum muka seperti Freely Face Serum dan Diamond FIrming Serum. Untuk produk2 lain, itu semua adalah produk kawan-kawan bisnes yang nak bergabung bersama dengan abam.. So, tak salah kan kita berkongsi dengan rakan-rakan bisnes..



Korang nampak tak apa aku nampak? Hahaha... Sampaikan awek Kenya pun sanggup beli produk abam. Just smile.. peace . Ok done snap ur pic madam. Tq for ur trust .. terbelit lidah abam untuk speaking mat saleh dengan diaorg ni.


Ehh.. ada lagi mamat Kenya yang sudi beli kopi buah tin dari keluaran Mekaray. Bukan dari Kenya sahaja yang sanggup beli pada hari itu, ada juga dari Manila, India, Afrika dan lain-lain negara yang abam pun dah tak ingat.


Hello guyy.. She is Kak Shyima yang sanggup stay bersama Brace Beaute untuk beberapa hari untuk promotekan kopi terbaru keluaran Mekaray. Sedap ke kopi tu kak? Korang try la sendiri ya..

OK.. that all from abam untuk hari ini. Sempat mencilokkan masa yang ada ini utk menaip entry ini pada jam 2.25 pg di Mamak As subuh. hahaha.. rabak mata bak hang.

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.