Brace Men Reflexology | Kesedapan Anda Keutamaan Kami

Disember 28, 2018
Juru Terapi Brace Men Reflexology

Bismillah...

Alhamdulillah, hampir sebulan Brace Men Reflexology beroperasi di Wakaf Che Yeh , Kota Bharu. Jika di lihat kehadiran pelanggan yang mencuba perkhidmatan urutan kaki di Brace Men sangat mengalakkan. Kebanyakan pelanggan kami adalah daripada pelancong luar dan repeat customer adalah dari orang tempatan. 

Juru terapi di Brace Men semuanya merupakan lulusan ijazah dan mempunyai sijil kemahiran malaysia dalam bidang reflexology.  Kita bermain dengan perkara kesihatan orang jadi kita kena serius dalam bab kemahiran ini, kena betul-betul mahir barulah pelanggan puas hati.

Kesedapan Pelanggan Keutamaan Kami

Menjadi keutaam kepada pihak Brace Men untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kami ketika berurut. Kesedapan semasa berurut akan lebih terasa bila pelanggan mencuba minuman herba teh Sacha Inchi daripada Peru untuk membantu melancarkan pengaliran darah dan membuang angin dalam badan pelanggan.

Jom ramai-ramai datang ke Brace Men Reflexology di Wakaf Che Yeh, Kelantan untuk mencuba sendiri urutan relaxing reflexology. Semoga usaha kami untuk membantu lebih ramai orang untuk kekal sihat dan cergas dapat dikembangkan..




Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.