Mencegah Penuaan Pramatang, Menguatkan Tulang… Inilah Manfaat Bayam Brazil Yang Ramai Ingin Menanamnya Di Halaman Rumah

Oktober 12, 2019


17 Khasiat Bayam Brazil, Senang Ditanam Dan Sedap Dimakan.





17 Khasiat Bayam Brazil – Bayam Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak ‘group’ di Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo.

Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini.

Khasiat Bayam Brazil

Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,
Melawan kanser
Mengekalkan kesihatan mata
Sumber vitamin K
Menguatkan tulang
Membantu menurunkan berat badan
Meningkatkan sistem imuniti badan
Membantu sistem penghadaman
Mengelakkan daripada sembelit
Membantu melancarkan darah
Mencegah anemia
Mengatasi masalah gusi
Mutrisi yang baik untuk pembesaran
Mengekalkan stamina
Mengekalkan kesihatan mulut
Mengikat kalsium
Mencegah penuaan pramatang
Mengekalkan kesihatan ibu mengandung


Cara Menanam Guna Keratan Batang


Pendapat peribadi saya, ianya amat senang ditanam menggunakan keratan batang. Batang yang dipilih mestilah batang yang keras dan tiada masalah serangan ulat daun serta dari pokok yang matang. Sediakan medium tanaman seperti tanah hitam yang dicampur sekam bakar dan semai guna polibeg yang sesuai atau semai terus ke dalam pasu atau di atas batas tanah dan buat teduhan/letakkan di tempat yang redup. Siram dengan air yang cukup pagi dan petang.

Cara Makan Bayam Brazil

Cara masak bayam ini adalah dimasak sup dengan suhun, gulai lemak, masak tumis, goreng belacan dan goreng tepung. Selain itu, ianya boleh dijadikan sebagai ulaman segar.

Saya sendiri sudah mencuba dan sememangnya ianya sedap dan rangup dimakan segar.



Mencegah Penuaan Pramatang, Menguatkan Tulang…
Inilah Manfaat Bayam Brazil Yang Ramai Ingin Menanamnya Di Halaman Rumah

Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo mungkin tidak berapa popular di negara kita, namun sayur ini mempunyai banyak khasiat yang ramai tidak tahu!

Tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan.

Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun.

Antara resipi popular yang menggunakan sayuran bayam ini ialah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung.

Inilah khasiat Bayam Brazil yang ramai tidak tahu, akak wajib tanam depan rumah, senang je tumbuh…


Menurut kajian, ada banyak khasiat Bayam Brazil ni yang ramai tidak tahu atau kurang pendedahan mengenai manfaat sayur ini.

Bukan sahaja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Amat rugi jika tidak menanam sayur ini.

Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K serta mampu menguatkan tulang.

Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan simbelit.

Amalan memakan Bayam Brazil mampu membantu melancarkan darah, mencegah anemia serta masalah gusi, mengekalkan stamina badan serta amat baik untuk pembesaran pada kanak-kanak.

Buat ibu-ibu yang mengandung, memakan Bayam Brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin, ia juga membantu mengekalkan kesihatan mulut serta amat baik untuk mencegah penuaan Pramatang.

Mulai hari ini, akak tanam sayur ni kerana ada banyak khasiat yang terkandung dalam sayur ini… memang rugi kalau tidak memakannya…

Semoga bermanfaat. Jangan lupa like dan share di wall anda. 


sumber : majalah perdana dot com dan facebook group

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.