A LIFE LINK - i PERLINDUNGAN HAYAT CUKUP LENGKAP

Mei 29, 2020

A-LifeLink-i Perlindungan Hayat


Tempoh Perlindungan

TEMPOH PERLINDUNGAN SEHINGGA 70, 80 ATAU 100 TAHUN


Umur Penyertaan

UMUR 16 TAHUN - 70 TAHUN


MENGENAI PRODUK INI


A-LifeLink-i adalah sebuah pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang membantu anda melindungi orang yang anda sayangi dan melabur serendah RM150 sebulan. Kami menawarkan kepada anda fleksibiliti untuk mengubah tahap perlindungan dan simpanan anda dari semasa ke semasa, untuk memenuhi keperluan anda yang sentiasa berubah-ubah.

Jadilah sebahagian daripada AIA Vitality, sebuah program yang menyokong dan memberi ganjaran kepada anda secara aktif atas pilihan anda yang sihat.

Apabila anda mendaftar sebagai ahli Vitality sebaik sahaja anda menyertai strong A-LifeLink-i, akan mendapat perlindungan tambahan kepada sijil A-LifeLink-i anda yang dipanggil Cover Boost. Cover Boost membolehkan anda mendapat perlindungan tambahan sehingga 45% daripada amaun perlindungan A-LifeLink-i anda.

Sila ambil perhatian bahawa ini merupakan produk takaful keluarga yang dikaitkan dengan prestasi aset-aset pendasar, dan bukan produk pelaburan tulen seperti unit amanah.


APA YANG DISEDIAKANNYA?


PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN DALAM SATU PELAN

Dapatkan perlindungan Takaful terhadap kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, serta melabur untuk menambah simpanan anda, semuanya dalam satu pelan.


FLEKSIBILITI DALAM PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN

Pelan ini memberi anda kebebasan untuk meninggikan atau mengurangkan tahap perlindungan atau simpanan anda, mengikut perubahan keadaan.


BONUS ULANG TAHUN

Kami memberikan anda perlindungan tambahan secara percuma, jika anda lebih lama bersama kami.


PELBAGAI DANA BERKAITAN PELABURAN

Anda boleh memilih dan menukar dana pelaburan pada bila-bila masa yang anda mahu, tanpa sebarang kos.


PERLINDUNGAN TAMBAHAN MELALUI COVER BOOST

Perlindungan tambahan terhadap kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal tanpa kos tambahan apabila anda mendaftar sebagai ahli AIA Vitality semasa anda menyertai A-LifeLink-i.


Anda suka apa yang anda baca? 

Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai produk ini, sila dapatkan salinan Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Produk daripada mana-mana Perancang Hayat AIA.

Klik 



1 ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.