JADUAL ZIKIR USTAZAH ASMA’ HARUN

Jun 22, 2020



JADUAL ZIKIR USTAZAH ASMA’ HARUN

Walaupun banyak ayat Quran memerintahkan kita untuk berzikir, kesibukan urusan harian sering menjadi alasan untuk kita meninggalkan ibadah yang penting ini. 

Tidak perlu bersimpuh di tikar sembahyang dengan tasbih di tangan, Ustazah Asma' Harun kongsikan jadual zikir amalannya. Zikir-zikir aula ini pendek dan mudah dilafaz tapi besar fadhilatnya. 

Antara ciri-ciri zikir yang aula adalah :
1. Dipetik daripada ayat suci al Quran
2. Dipetik daripada hadith sahih
3. Ringan pada sebutan tapi berat pada ganjaran.

Caranya, selepas setiap waktu solat, sibukkan diri berzikir mengikut jadual. Zikir ketika jogging, berjalan, memasak, menyapu, memandu atau menunggu waktu. Zikir sehingga masuk waktu solat berikutnya & mulakan dengan zikir seterusnya. 
 
Kelebihan zikir sangat banyak; baik yang bersifat fizikal, mental mahupun spiritual. 

Di dalam Al Quran, dinyatakan kesan banyak berzikir akan mendapat keampunan dan pahala (QS33:35), hati menjadi tenang dan tenteram (QS13:28) serta mendapat tempat istimewa di sisi Allah (QS2:152). 

Selain menambah bekal akhirat, zikir juga mempunyai kesan positif kepada fizikal dan mental kita. Bahkan kesannya segera. Zikir mampu meningkatkan aktiviti otak, mengubah mood dan meningkatkan motivasi.

Semoga dengan jadual ini kita dapat menjadikan zikir sebati dengan diri kita. Dan akhirnya membawa impak besar kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat. 

Selamat beramal. 

#WardahMedia
#AsmaHarun

CnP dari fb Wardah Media...


Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.