Perawatan Fisioterapi untuk Trigger Finger

Jun 06, 2020

Perawatan Fisioterapi untuk Trigger Finger



Apakah dia Trigger Finger?

Trigger Finger adalah satu penyakit jari yang am dialami. Puncanya disebabkan oleh keradangan dan seterusnya penyempitan sarung retinacular. Ini akan menyebabkan kesakitan, bunyi “pop”, dan kehilangan pergerakan jari yang terjejas. Walaupun ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, ia di dapati lebih kerap dalam populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam linkungan umur 50an dan 60an.





Punca Trigger Finger

Antara punca Tigger Finger ia lah pergerakkan yang berulang kali dan kecederaan. Tekanan serta penyakit degeneratif tulang juga menyumbang kepada peningkatan insiden Trigger Finger di tangan yang dominan.


Gejala Trigger Finger

Sakit di pangkal jari atau ibu jari yang terjejas, sangkut di dalam kedudukan yang bengkok
Bunyi ‘pop’ apabila meluruskan jari.
Satu nodul (pertumbuhan yang kecil atau ketulan tisu) pada pangkal jari atau ibu jari yang terjejas
kekejangan jari atau ibu jari yang terjejas, terutamanya pada waktu pagi. Lama kelamaan ia mungkin sukar untuk meluruskan jari atau ibu jari dan ia terus dalam kedudukan yang bengkok.

Diagnosis

Keadaan jari yang berbunyi dan sangkut dalam posisi bengkok sudah boleh diagnosis sebagai Trigger Finger. Walau bagaimanapun, diagnosis Trigger Finger boleh disahkan oleh ahli fisioterapi atau doktor, yang akan memeriksa jari dan tangan anda dengan sempurna.

Bagaimana fisioterapi boleh membantu?

Rawatan fisioterapi dapat membantu mengurangkan bengkak, melegakan kesakitan dan kekejangan dan mendapatkan semula pergerakan fungsi jari, supaya anda boleh kembali kepada tugas harian anda dengan seberapa segera yang mungkin.

Rawatan Fisioterapi yang dicadangkan adalah seperti berikut :


1. Urutan



Lakukan urutan di tempat yang mempunyai bonjolan bagi memudahkan aliran darah ke bahagian tersebut, Ia akan melicinkan sendi dan memudahkan pergerakkan. Mula dengan urutan dalam arah melintang. Kemudian dalam arah membulat. Teruskan urut selama dua hingga tiga minit dan diikuti oleh senaman mobilisasi.


2. Air sejuk



Haba dan terapi sejuk digunakan untuk meningkatkan relaksasi dan mengurangkan kesakitan. Adalah penting untuk menggunakan ais selepas senaman dan selepas apa-apa aktiviti yang menyebabkan ketidakselesaan.Anda boleh rendam tangan anda ke dalam air sejuk selama 10- 15 minit untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan.


3. Senaman



Letakkan tangan anda di atas permukaan yang kukuh. Secara Perlahan-lahan memisahkan semua jari sehingga boleh rasa sedikit regangan. Tahan regangan tersebut selama 10 saat. Ulang 10 kali.



Gunakan tangan baik untuk menarik jari yang terlibat sehingga rasa regangan di bahagian bawah jari anda. Tahan lima hingga 10 saat, Ulangi 10 kali.



Mengambil benda lembut, genggam kuat untuk 5 saat. Lepaskan dan buka jari anda seluas mungkin, dan kemudian mengulangi 10 kali. Senaman dan pergerakan yang kerap boleh membantu memanjangkan tendon flexor serta melegakan gejala Trigger finger.


Letakkan getah elastik di sekeliling jari anda. Gerakkan jari anda ke luar dengan memisahkan jari anda dari ibu jari anda. Tahan 5 saat. Ulang 10 kali.


Senaman regangan dan kekuatan otot perlu dilakukan secara teratur. Senaman akan memulihkan pergerakan dan mengekalkan kekuatan genggaman tangan anda yang mencukupi. Regangan jari anda juga penting bukan sahaja untuk otot anda tetapi juga untuk tendon dan ligamen di jari anda yang terjejas. Mengekalkan fleksibiliti tisu adalah penting dalam rawatan Trigger Finger.

Bagaimana Trigger finger boleh dicegah? Elakkan aktiviti yang memerlukan perbuatan menggenggam yang lama, menggenggam berulang kali atau penggunaan jentera yang meggetar tangan untuk masa yang berpanjangan, komputer dan mesin jahitan.

Rujukan
Trigger finger: etiology, evaluation, and treatment Al Hasan Makkouk Æ Matthew E. Oetgen Æ Carrie R. Swigart Æ Seth D. Dodds Curr Rev Musculoskelet Med (2008) 1:92–96
Bonnici AV, Spencer JD. A survey of ‘trigger finger’ in adults.J Hand Surg [Br] 1988;13:202–3.
Verdon ME. Overuse syndromes of the hand and wrist. Prim Care Clin Office Pract 1996;23:305–19
http://www.ipcphysicaltherapy.com/TriggerFinger.aspx


Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.