Rindu Seorang Sahabat

September 20, 2020


Sahabat,
Kehidupan ini tidak lain hanya perhiasan.
.
Untuk kita menanam benih bagi sebuah pohon di Akhirat,
Luasnya laut sama-sama kita renangi.
.
Mencari mutiara yang bermakna untuk sebuah persahabatan kerana Allah.
.
Sahabat,
Jalan hidup kita mungkin berbeza, Takdir yang Allah tetapkan jua berbeza.
.
Tetapi ingatlah Allah adalah Tuhan yang tiada beza antara kita.
.
Kita mengharungi susah dan senang bersama-sama,
Saat aku jatuh engkau menguatkan.
.
Saat aku lemah engkau menghembus semangat,
Saat aku leka engkau mengingatkan.
.
Saat aku sedih engkau menggembirakan,
Bahumu tempat aku bersandar dalam lelah ujian.
.
Tetapi engkau tidak pernah biarkan aku lupa bahawa Allah tempat yang terbaik saat aku memerlukan.
.
Sahabat,
Pandanglah mataku untuk kali terakhir, Dengarlah suaraku mendendangkan lagu rindu buatmu.
.
Pertemuan dan perpisahan adat di dunia, Tetapi aku tetap mengharapkan ukhuwah kerana Allah ini hingga ke Syurga-Nya.

Sahabat,
Engkau umpama sayap yang membuat aku terbang mengenal Allah, Ukhuwah ini tidak pernah dilupakan walau perpisahan terjadi.
.
Engkau umpama pelangi yang menceriakan hidupku,
Ukhuwah ini tidak pernah aku hindari walau ada perselisihan faham kerana cintaku kepadamu adalah kerana Allah.
.

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.