Rekaan Kacamata Hitam untuk Wajah Bulat

September 07, 2015
aku lebih selesa dengan rayban   

Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai rekaan kacamata hitam yang bersesuaian dengan bentuk wajah bulat, sebelum itu kita harus mengenali apakah jenis-jenis bentuk wajah manusia. Selain bulat, ramai manusia juga mempunyai bentuk wajah oval, panjang, bersegi, bentuk hati dan bentuk mutiara atau diamond.  Bagi mereka yang berwajah bulat, ukuran bagi lebar dan panjang wajah adalah hampir sama dan mereka mempunyai bahagian pipi yang paling luas.
Oleh yang demikian, untuk kelihatan menawan dengan penampilan yang sempurna, anda harus memilih jenis kacamata hitam untuk wajah bulat yang paling bersesuaian. Dan tahukah anda bahawa bukan semua rekaan kacamata adalah sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berwajah bulat.
Seperti dinyatakan di atas, mereka yang berwajah bulat mempunyai bahagian pipi yang paling luas dengan bahagian dahi dan dagu yang tidak terlalu luas (narrow). Oleh yang demikian, pilih rekaan kaca mata yang berbingkai lebar seperti berikut untuk menutupi bahagian pipi yang luas tersebut.

Rekaan kacamata hitam dengan bingkai yang besar seperti ini memberikan bentuk wajah yang seimbang dan tidak terlalu lebar. Selain itu, ia juga menyembunyikan keadaan pipi si pemakai yang luas. Oleh yang demikian, jika anda ingin membeli koleksi kacamata hitam yang sesuai untuk bentuk muka anda (jika anda berwajah bulat), pastikan anda membeli koleksi kacamata seperti berikut!

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.